Awal hidup Nicolás Maduro

Nicolás Maduro Moros lahir pada 23 November 1962 di Caracas, Venezuela; beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pekerja.[5][6][7]

Maduro menghadiri sekolah awam Liceo José Ávalos di El Valle,[8][9] di mana beliau diperkenalkan kepada selok-belok siasah apabila menganggotai kesatuan pelajar sekolahnya.[10] Beliau dicatatkan tidak menghabisi persekolahannya di sana.[11]

Beliau mengambil pekerjaan sebagai seorang pemandu bas untuk syarikat Caracas Metro selama bertahun-tahun. Dalam pekerjaan inilah beliau mula terlibat secara aktif dalam politik apabila mewakili para pekerja syarikat itu secara tidak rasmi sebagai seorang ahli kesatuan sekerja pada tahun 1980-an. Beliau turut diupah sebagai pengawal peribadi José Vicente Rangel sewaktu kempen pencalonan presiden tokoh tersebut pada tahun 1983.[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Nicolás Maduro http://www.aljazeera.com/news/americas/2013/03/201... http://www.businessinsider.com/how-venezuela-went-... http://www.cnbc.com/2016/06/22/analysts-deem-venez... http://edition.cnn.com/2013/03/06/business/venezue... http://internacional.elpais.com/internacional/2015... http://foreignpolicy.com/2013/03/07/the-house-that... http://www.infobae.com/2014/08/27/1590635-el-veloz... http://online.wsj.com/article/SB100014241278873240... http://www.cidob.org/es/documentacion/biografias_l... http://www.npr.org/2014/12/25/373128433/for-venezu...